berita

[VIDEO] Kamal Adli Buat Kejutan Lamar Uqasha Senrose Di AME2020, Semua Tergamam!

December 20th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Teka-teki mengenai hubungan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya terjawab apabila Kamal Adli membuat kejutan melamar Uqasha di pentas Anugerah Meletop Era 2020 sebentar tadi.

Kamal dilihat secara tiba-tiba memaklumkan kepada penonton bahawa dia ada pengumuman penting untuk disampaikan kepada umum sebaik sahaja mereka berdua selesai menyampaikan dua anugerah pada acara tersebut.

Sweetnya!

Menerusi video berdurasi 1:00 minit itu, Kamal kelihatan melutut secara tiba-tiba dan melamar Uqasha di hadapan khalayak umum. Kamal turut bertanyakan adakah Uqasha sudi berkahwin dengannya dan Uqasha memberi jawapan ‘ya’.

Aksi Kamal itu ternyata mengejutkan penonton dan rata-rata bersorak dengan perkhabaran gembira itu. Semua penonton turut bertepuk tangan selepas Kamal Adli menyarungkan cincin di jari manis Uqasha.

Sumber: Era

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×