berita

Raysha Rizrose Tawakal Pada Allah, Tak Pakai ‘Bodyguard’ Hanya Ditemani Pembantu

April 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita, Raysha Rizrose tidak pernah terfikir untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi walaupun selepas insiden abang iparnya, Kamal Adli diserang dan dipukul di Singapura.

Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose, Suami Tak Tolak Rezeki Timang Cahaya Mata

Artikel Berkaitan: Kebijaksanaan Raysha Rizrose Pemikat Hati Suami

Tak perlu ‘bodyguard’

Menurut Raysha, dia hanya ditemani oleh pembantunya setiap kali ada urusan luar.

Jika pasang 10 pengawal peribadi pun kalau perkara mahu terjadi akan tetap berlaku juga.

Kita tak dapat mengawal apa-apa yang akan terjadi kelak. Bagi saya, sampai bila mahu ada pengawal peribadi setiap masa.

Setakat ini saya cuma ada pembantu yang akan menemani. Selebihnya memang tawakal dan tidak boleh mengawal apa akan terjadi.

Suami suruh berjaga-jaga

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Farza Naquraisha Mohd Fariz itu juga berkata, suaminya selalu menasihatinya supaya lebih berhati-hati jika keluar kemana-mana.

Suami suruh saya berhati-hati dan mengingatkan untuk sentiasa membawa peneman jika ke tempat penggambaran.

Kata aktres berumur 26 tahun ini, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap situasi yang mungkin terjadi selain bertawakal kepada Allah.

Saya tidak tahu sama ada paranoid atau tidak kerana insiden tersebut tidak jadi di depan mata saya. Cuma saya akan lebih berhati-hati dan sentiasa akan ditemani oleh pembantu saya ke mana-mana pun.

Kalau dahulu saya okey sahaja untuk jalan seorang diri tapi sekarang akan ada orang menemani.

Terdahulu, pelakon Kamal Adli telah diserang oleh orang seorang individu yang tidak dikenali di tapak ekspo Jualan Mega Hari Raya 2023 di Singapura.

Susulan itu, suspek telah ditahan dan Mahkamah Singapura telah menetapkan bahawa suspek tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

SKIP THIS AD ×