Pelantun suara ‘Sial’ iaitu Mahalini Raharja memberitahu dia pernah terfikir untuk tidak berkahwin kerana merasakan ia bukan satu keperluan.
Artikel Berkaitan: Nyanyi Di Atas Buaian Bak Puteri Kayangan, Persembahan Sarat Emosi Di Lovechestra Mahalini Bikin Penonton Menangis!
Bukan senang rapat dengan orang
Menerusi podcast bersama Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano di YouTube, Mahalini berkata, perkahwinan bukan perkara penting dalam hidupnya. Ini kerana, dia pernah diajar oleh mendiang ibunya untuk berdikari dan tidak mengharapkan bantuan daripada sesiapa.
Ibu selalu menekankan tentang hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Sebab itu saya pernah terfikir tidak mahu berkahwin dan hidup membujang.
Tambah Mahalini, selepas ibunya meninggal dunia, dia mula rasa kesunyian selain hatinya menjadi kosong sehinggalah dia bertemu dengan Rizky Febian.
Selepas ibu meninggal dunia hidup saya rasa kosong sehinggalah saya bertemu Rizky. Saya sebenarnya bukan senang rapat dengan orang tetapi kami mempunyai banyak persamaan. Apatah lagi Rizky juga sudah tidak mempunyai ibu seperti saya.
Bukan itu sahaja, sikap Rizky yang rapat dengan keluarga membuatkan Mahalini jatuh cinta dan yakin penyanyi itu dapat menjadi suami dan bapa yang baik buat anak-anaknya nanti.
Video
Sumber: Youtube