Genting Highlands merupakan tempat peranginan tumpuan rakyat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara. Jika nak dibandingkan dengan dulu, sekarang destinasi percutian itu lebih banyak tarikan seperti Genting Highlands Premium Outlet dan juga taman tema permainan yang menarik.
Setiap hujung minggu Genting Highlands akan dipenuhi dengan ramai orang. Jadi pada video kali ini, kami ingin ke sana tetapi hanya berbekalkan RM50 sahaja, tidak termasuk kos pengangkutan dan tol. Apa yang anda boleh buat dengan jumlah wang tersebut? Cukup atau tidak?
RM50 sahaja? Cukup ke?
Untuk pengetahuan anda, kami hanya bawa RM50 sahaja untuk berbelanja bila sampai ke Genting Highlands. Cukup ke untuk naik cable car, makan dan lain-lain lagi? Kalau nak tahu, jom lihat video di atas. Untuk lihat lebih banyak video seperti di atas, jangan lupa subscribe saluran Youtube ohbulanofficialvideo untuk saksikan lebih banyak video-video menarik kami!