![[VIDEO] ‘Kami Diuji Belum Ada Anak, Tapi Awak Tak Pernah Jadikan Alasan Untuk Menyerah’ – Izzue Islam](https://asset.ohbulan.com/2026/06/aween.jpg)
Perkongsian pelakon dan penyanyi, Izzue Islam sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Awin Nurin, meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Hadiahkan Izzue Islam Kereta Nissan GT-R Sempena Birthday & Anniversary, Netizen Turut Terharu – ‘Rezeki Di Atas Kesetiaan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Izzue Islam Bantu Penjual Kek Lapis, Kumpul Dana Tampung Kos Rawatan Anak
Ucapan hari lahir
Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue memuat naik video memaparkan momen mereka berdua menyambut hari istimewa tersebut dengan aktiviti menunggang kuda, yang merupakan permintaan isterinya.
Dalam hantaran yang sama, Izzue menitipkan ucapan yang penuh bermakna.
Kalau suatu hari nanti rambut kita sama-sama memutih, muka kita sama-sama berkedut dan langkah kita dah tak sekuat hari ini, saya harap tangan yang saya pegang nanti masih tangan yang sama saya pegang sekarang iaitu tangan awak.
Kami diuji belum ada anak. Tapi sepanjang perjalanan ini, awak tidak pernah jadikan ujian sebagai alasan untuk menyerah.
Sebaliknya, awak memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersama saya.
Kata Izzue, meskipun dia bukan seorang yang pandai meluahkan perasaan namun dia sentiasa bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri seperti Awin.
Bila saya tengok awak ketawa menunggang kuda di tepi pantai ni, hati saya cuma ada satu doa.
Ya Allah, bahagiakanlah wanita ini sebagaimana dia telah membahagiakan hidup saya selama ini.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)