berita

[VIDEO] Kanak-Kanak ‘Nyenyak’ Tidur Dalam Kereta Sendirian Cetus Panik, Nasib Baik Ada Orang Tolong

April 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Di Twitter, tular satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai ditinggalkan berseorangan di dalam sebuah kereta jenis Proton Persona.

Video tersebut bagaimanapun, menimbulkan kerisauan kepada orang awam yang turut berada di tempat kejadian.

Berdepan dengan detik cemas

 

Menerusi video yang berdurasi hampir dua minit itu, memaparkan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu dibantu orang awam yang berada di tempat kejadian cuba untuk ‘menggerak’ kanak-kanak berkenaan yang dilihat ‘nyenyak’ sedang tidur.

Mata dia buka, kalau tidur pun memang tidur mati.

Goyang lagi sekali, belum bangun lagi ka?

Tidak berakhir di situ, selain mengetuk tingkap alternatif lain seperti menggoncang kenderaan itu, turut diguna pakai bagi menyedarkan kanak-kanak itu daripada tidur. Bagaimanapun, setelah beberapa kali percubaan kanak-kanak itu berjaya bangun dan membuka tingkap kenderaan berkenaan.

Namun, tiada info lanjut berhubung lokasi dan punca kejadian berkenaan. Video tersebut telah ditonton lebih 540k dan meraih ratusan respon menerusi ruangan balas.

Sumber: Anthraxxxx

SKIP THIS AD ×