Foto: Tangkap layar video
Sedar tak sedar, lagi dua hari umat Islam dijangka bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sudah menjadi kebiasaan selepas solat sunat Aidilfitri untuk pergi menziarahi kubur individu yang tersayang.
Bagaimanapun, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, di seluruh negeri aktiviti menziarahi kubur adalah sama sekali tidak dibenarkan dan setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Lawat kubur arwah bapa
Foto: Tangkap layar video
Seperti video sebak yang dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Ida Zaini di laman TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang datang menziarahi kubur arwah bapa dan neneknya sebelum bermulanya PKP yang sama sekali tidak membenarkan aktiviti menziarahi kubur.
Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak itu sempat meninggalkan pesanan buat kedua-dua Allahyarham dan mencium batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas kubur berkenaan.
Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek. Adik sayang nenek.
Video tersebut bagaimanapun, berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa sebak melihat reaksi kanak-kanak itu yang terlampau rindukan ahli keluarganya yang telah dijemput oleh Allah S.W.T.
Video penuh:
@idazaini._al-fatihah ayah ???? original sound – idaa
Al-Fatihah
Sumber: Ida Zaini