Sebelum ini, Doktor selebriti, Dr Say Shazril meluahkan rasa bengang dan marah apabila dua orang pembantu rumahnya bertindak ‘berani mati’ membawa masuk dua orang lelaki ke dalam rumahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’
Terbaru, Dr Say tampil berkongsi lebih lanjut mengenai peristiwa yang berlaku pada malam itu.
Mereka cakap dah pergi
Menurut Dr Say, dia tergerak hati untuk memeriksa rakaman CCTV selepas dimaklumkan jiran mengenai dua lelaki memasuki rumahnya, namun pada mulanya menganggap perkara itu mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.
Tambah Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, ketika itu dua anak lelakinya berusia lima dan tiga tahun berada di tingkat atas, manakala anaknya yang ketiga berada bersama dua pembantu rumah di tingkat bawah.
Saya tanya maid (pembantu rumah), ada ke lelaki masuk ke rumah dan mereka jawab tak ada. Saya pressure mereka, dan mereka cakap ‘dah pergi‘. Jadi saya ingat mungkin lelaki itu buat penghantaran dan dah pergi.
Tapi isteri saya yang masa tu nak masuk kerja pukul 10 malam cakap, kalau maid beritahu yang lelaki tu dah pergi maksudnya lelaki tu masih ada. Saya terduduk… macam mana dia boleh fikir sampai macam tu.
Tapi alang-alang just to be safe, saya periksa semula CCTV dan terjumpa awal-awal tu siap maid letak botol (untuk tutup pandangan CCTV) dulu. Lepas tu baru dia pusingkan CCTV ke arah TV dan nampak kelibat dua lelaki masuk (dari refleksi TV).
Berbicara lebih lanjut, suami kepada Dr Azura ini memberitahu rakaman CCTV di ruang tamu itu tidak menunjukkan sebarang tanda dua lelaki itu keluar dari kediamannya.
Mengulas mengenai mengapa anak ketiganya berada di tingkat bawah pada masa tersebut, Dr Say berkata, kebiasaannya anak ketiganya itu akan dijaga oleh pembantu rumah di tingkat bawah apabila isterinya perlu bekerja syif malam (on call) sementara dia menidurkan dua lagi anak lelakinya di tingkat atas.
Apabila saya play back rakaman CCTV tu tak nampak dua lelaki tu keluar, saya panik. Jadi, saya minta maid untuk hantar baby ke tingkat atas, tapi maid tak jawab call.
Saya cuak sangat sebab saya tahu akan berdepan dengan dua orang. Kedua ketiga-tiga anak saya masih kecil jadi mereka boleh ambil salah seorang anak untuk dijadikan tebusan,” katanya yang membuat keputusan selamat dengan menghubungi pihak polis.
Tergamak buat ‘projek’
Ketika serbuan polis dibuat, Dr Say memaklumkan, terdapat dua lelaki bersembunyi di sebalik selimut di dua katil bersama dua pembantu rumahnya. Sementara itu anaknya diletakkan di baby cradle (kerusi buai) di atas lantai antara kedua-dua katil.
Kedua-dua lelaki itu dipercayai warga Bangladesh. Mereka tidak berbaju dan berselindung dalam selimut. Terus terang saya rasa gugup.
Tergamak mereka buat ‘projek’ macam tu semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak saya di tengah-tengah tu. Kalau anak saya menangis masa mereka tengah buat ‘projek’, mahu anak saya dipukul atau dicederakan.
Jelas Dr Say, pembantu rumahnya warga Indonesia dan Filipina itu dipercayai mengenali kedua-dua lelaki warga Bangladesh tersebut ketika keluar pada hari cuti di Kuala Lumpur.
Dr Say turut memberitahu ia bukan kes pecah rumah kerana kedua-dua pembantu rumahnya membawa masuk mereka secara sukarela.
Bagaimanapun, Dr Say tetap bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu dan kedua-dua lelaki warga Bangladesh berkenaan bagaimanapun tidak ditahan polis, sebaliknya diberikan pengajaran sewajarnya.
Malah, kejadian yang berlaku turut memberi pengajaran kepadanya untuk sentiasa lebih berhati-hati apabila mengambil khidmat pembantu rumah.
Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. Saya baik sangat, kadang-kadang bagi helper duit poket, seminggu sekali bagi mereka off (hari cuti) pergilah mana mereka nak. Saya siap bagi mereka telefon setiap masa, tak pernah maki hamun tapi ini balasan saya dapat? Saya pun terkedu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Dr Say