Di Instagram, pelakon dan penyanyi, Erry Putra, menafikan dia menciplak lagu seseorang dengan memaklumkan sudah membayar pada komposer lagu berkenaan untuk merakamkannya.
Artikel Berkaitan: Kelly Azman Berang! Dakwa Erry Putra ‘Rompak’ Lagu No No No Miliknya – ‘Saya Terkejut Melodi Sama’
Bila awak rakam lagu ini?
Menurut Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, dia sudah merakamkan lagu terbaharu yang tiba-tiba mencetus sensasi itu kira-kira lima tahun lalu dan sekarang hendak dilancarkan kepada pendengar.
Saya nak tanya dia yang kata saya ciplak lagunya. Bila awak rakam lagu ini? Saya dah rakam lagu ini lima tahun lalu. Memang saya baru nak release (lancarkan) sekarang.
Kenapa kecoh-kecoh kepada media. Kata saya dah ciplak lagu dia. Saya nak tanya, di mana dia dapat lagu ini sebenarnya. Entah-entah budak itu (komposer) beri dia dengar ‘demo’ saja.
Menerusi video yang sama, Erry juga menegaskan dia sama sekali tidak menciplak lagu sesiapa seperti didakwa individu terbabit kepadanya berikutan karya itu diperoleh daripada seorang komposer yang ada hak cipta.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Erry Putra