Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mendakwa telah terkena sihir pemisah selepas menerima hadiah perkahwinan daripada teman baiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kazim Kongsi Pengalaman Disihir – ‘Saya Nampak Perempuan Duduk Dekat Pintu Rumah, Dia Ketawa Sangat Menakutkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Mentua Tak Restu Perkahwinan, Lumur Darah Haid Sihir Menantu – ‘Kemaluan Rasa Terbakar’
Hadiah perkahwinan
@pnrohfaarsyifakuantan SIHIR PEMISAH DIHANTAR MENGGUNAKAN HADIAH PERKAHWINAN..#sihir #sihirpemisah #saka #santau #pekanpahang #temerloh #rompinpahang #anxiety #depression #arsyifakuantan #gangguanjin #perawatwanitaarsyifa #ustazahrohfa #fyp? #fyp #videoviral
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Rohfa Rawatan Ar Syifa Kuantan, memaparkan seorang wanita sedang menerima rawatan alternatif.
Difahamkan tingkah laku wanita berkenaan berubah sebaik sahaja membuka hadiah yang diberikan oleh rakannya.
Dapat hadiah perkahwinan dari kawan baik. Selepas buka hadiah, ada kain kuning dan bangkai burung berdarah.
Dalam masa yang sama, fizikalnya juga mengalami kesakitan iaitu di bahagian dada, tekak dan kemaluan.
Setiap hari sakit dada dan tekak rasa macam ada rambut yang tersangkut.
Kemaluan jadi bengkak dan perit.
Tak semua boleh jadi kawan
Gambar sekadar hiasan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan rakan wanita tersebut sebagai seorang yang mempunyai hasad dengki kerana tergamak melakukan perbuatan syirik.
Zaman sekarang kawan baik pun tak boleh percaya.
Tak semua kawan adalah kawan, boleh jadi kawan itu lawan.
Kawan makan kawan, lagi-lagi bila tengok kita bahagia. Iri hati, hasad dengki membuak-buak dalam diri.