berita

[VIDEO] ‘Ke Beli Untuk Tino Mano?’ – Dapat Kejutan Dari Suami, Reaksi Spontan Wanita Ini Buat Netizen Terhibur

March 4th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Wanita sememangnya suka dihargai lebih-lebih lagi dari insan yang disayanginya iaitu suami. Tidak hairanlah kalau wanita akan teruja jika mendapat pujian ataupun hadiah walaupun ianya hanya sekadar ucapan sayang. Di Facebook, seorang lelaki kongsi buat kejutan buat isterinya, namun reaksi isterinya buat ramai terhibur. Alahai manisnya..

Buat kejutan untuk isteri

Video berdurasi lebih kurang 2 minit itu memaparkan seorang lelaki membuat kejutan kepada isterinya untuk memilih dua jenis hadiah. Dia meletakkan dua jenis hadiah iaitu duit RM 50 sekeping dan cincin di halaman buku secara berasingan.

Kenapa awak ini? Sibuk rakam-rakam ini? Apa ‘Yes’ ke ‘No’ ini? Awak nak nikah lain ke? Jangan macam-macam siap awak!

Kemudian dia meminta untuk isterinya memilih ‘Yes’ or ‘No’. Wanita ini terkejut dengan kelakuan suaminya yang secara tiba-tiba merakam dirinya.

Macam tak percaya awak beli

Selepas ditanya mengenai pilihan ‘Yes’ or ‘No’, wanita ini memilih ‘Yes’ namun kemudian dia menukar pilihannya kepada ‘No’ kerana risau jika suaminya bernikah lain. Selepas itu, suaminya memberikan hadiah pilihan isterinya dan kelihatan wajah isterinya yang seakan tidak percaya dan memuji lelaki tersebut pandai memilih cincin tersebut yang memang muat-muat di jarinya.

Awak gi beli bila ini? Yang siapa ini? Ke awak beli ke perempuan lain? Pandai awak pilih, macam tak percaya je. Terima kasih banyaklah. Rasa nak mengandung pula tahun depan dapat hadiah ini. Macam tak percaya.

Wanita tersebut tidak putus-putus berterima kasih kepada suaminya dengan kejutan yang diberikan. Rata-rata mendoakan agar pasangan ini terus bahagia dan kekal hingga ke syurga. Alahai memang comel sungguh, suami pun asyik gelak memanjang terhibur dengan gelagat isteri sendiri.

Sumber : Azuan Noor

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×