berita

[VIDEO] Kecoh Bila Rumah Mewah Aliff Syukri Bocor, Dah Macam Air Terjun!

February 6th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pengasas D’herb, Datuk Seri Aliff Syukri sempat merakam video rumah mewah barunya yang bocor beberapa jam yang lalu. Dalam suasana kelam kabut, air kelihatan mencurah-curah menimpa perabot di rumahnya itu.

Menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya itu, ketika kejadian Aliff Syukri sedang asyik melayari laman sosialnya sambil bersantai-santai namun secara tiba-tiba air mencurah turun menerusi syiling bilik dan ruang tamu kediamannya.

“Sampaikan terjatuh sebab nak minta bantuan, saya tidak tahu mana suis utama air”

//platform.instagram.com/en_US/embeds.js

Rata-rata netizen menasihati Aliff Syukri agar lebih teliti mengenai kediamannya dan mengambil tahu dimana suis-suis utama diletakkan agar lebih mudah menangani kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum ini timbul pelbagai masalah mengenai kediaman barunya itu antaranya tidak siap mengikut tarikh yang dirancang dan beberapa permasalahan dengan pemaju.

Namun ada juga netizen yang merasakan video yang baru dimuat naik itu agak menghiburkan dan menyelarnya kerana sempat merakam video pada saat-saat genting seperti itu. Apa-apa pun harap rumah Datuk tak ‘bocor’ lagi!

Credit: Aliffsyukriterlajaklaris

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×