Sebelum ini negara pernah digemparkan dengan berita memilukan iaitu berkaitan kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul oleh sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Setelah sekian lama kini kes ini sudah sampai ke penghujungnya apabila keputusan inkues kematian Adib akan diumumkan pada 27 September ini.
Rayuan ibu bapa Adib
https://www.facebook.com/mkhairulazri/videos/10220620620294319/
Keputusan yang bakal diumumkan pada Jumaat ini juga turut ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli keluarga arwah dengan mengharapkan keadilan buat Adib.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Khairul Azri menunjukkan luahan hati dan rayuan ibu bapa Adib mengenai keputusan inkues yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
‘Kehidupan kami seolah-olah tidak sempurna’
Video berdurasi 01:43 saat ini telah viral dan mendapat perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka turut hiba dengan video tersebut dan mendoakan agar keadilan berpihak kepada Adib.
Assalamualaikum kepada seluruh rakyat malaysia.
Saya terharu dengan prihatin dan sikap ambil berat seluruh rakyat Malaysia terhadap keadilan untuk Adib selama ini. Kehidupan kami seolah-olah tidak sempurna dan sentiasa memikirkan perihal keadilan yang tertangguh untuk Adib.
Saya dimaklum bahawa 27 haribulan ini adalah keputusan inkues di Mahkamah Shah Alam. Ini adalah penentu sama ada keadilan untuk Adib dapat ditegakkan atau sebaliknya.
Tidak pernah jemu berdoa buat Adib
Mereka sekeluarga juga turut mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia turut menitipkan doa agar keputusan inkues nanti akan diadili dengan sebaiknya.
Kami sekeluarga tidak pernah jemu berdoa untuk Adib, mohon kepada Allah agar misteri kematian Adib dapat diadili seadil-adilnya. Saya menyeru kepada orang ramai untuk terus sama-sama berdoa agar keputusan inkues nanti dapat memberi keadilan dengan adil-seadilnya dengan tiada lagi campur tangan dan gangguan yang tidak sepatutnya.
Terima kasih saya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia membantu, yang prihatin terutama yang akan turut hadir pada 27 haribulan untuk mendengar keputusan nanti.
Sekian terima kasih.
Sumber: Khairul Azri