![[VIDEO] ‘Kehidupan Lelaki Usia 40 Tahun Akan Berubah Jika Dia Mula Jaga Solat’ – Ajai](https://media.ohbulan.com/2025/03/AjaiSolat.jpg)

Penyanyi dan komposer terkenal iaitu Ajai berkongsi tentang pentingnya untuk seseorang itu untuk menjaga solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira Usaha Tak Tinggal Solat – ‘Pesanan Saya, Malas Sekalipun..Buatlah’
Kehidupan berubah selepas jaga solat
@tv9malaysiaofficial Korang jangan tunggu dah tua baru nak solat tau! Apa kata kita ubah dari sekarang, sedikit demi sedikit kita perbetulkan solat kita ?? Jangan lupa saksikan 10 Malam terakhir, hari ini jam 6 petang secara langsung di TV9 atau strim juga melalui Tonton. #10MalamTerakhir #TV9Malaysia #10MalamTerakhirTV9 ? original sound – TV9Malaysia
Menurut Ajai atau nama lengkapnya Mohamad Faizal Maas, kehidupan seseorang lelaki itu akan berubah sekiranya dia mula betul-betul berubah dan menjaga solatnya di usia 40 tahun.
Pada saya (apa yang penting) ialah solat. Orang putih selalu cakap yang kehidupan lelaki itu akan mula berubah apabila dia menjangkau usia 40 tahun.
Tapi bagi saya, pada umur 40 tahun itulah Allah nak bagi lelaki macam saya ni ingat pada dia atau tak bagi ingat pada dia.
Adakah bila kita berusia 40 tahun pun kita akan kekal buat apa yang kita selalu buat sebelum ini.
Ajai berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu bagi program 10 Malam Terakhir yang disiarkan di TV9, baru-baru ini.
Ujar pelantun lagu ‘Aduh’ ini, kehidupannya juga berubah sejak mula menekankan tentang penjagaan solat.
Tapi Alhamdulillah, walaupun hanyalah sekecil kutu Allah beri saya (ingat pada Dia), saya masih kekalkan sehingga hari ini.
Itu (sejak jaga solat), ia membuatkan saya lebih kenal keluarga, lebih kenal hati budi dan lebih banyak memandang sesuatu itu ke arah kebaikan.
Itu semua kerana solat. Perkara ini berperingkat kan?
Jadi, saya bermula dengan solat, selepas itu mula solat ikut waktu, kemudian mula amalkan solat-solat sunat dan amalkan doa-doanya.
Begitu juga dengan karya muzik yang pada saya untuk kita menceritakan dalam tentang Islam ini tiadak noktahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar penyanyi berusia 50 tahun itu terus istiqamah dalam menjaga solat.
Komen netizen



Sumber: TikTok TV9Malaysiaofficial








