berita

[VIDEO] Kejutan Anniversary Paling Manis, Reaksi Gembira Shukri Yahya Bila Isteri Sah Hamil!

November 21st, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keempat semalam, pelakon berbakat Shukri Yahya mendapat hadiah paling bermakna apabila isteri, Tya Adnan disahkan hamil. Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Tya menerusi kotak kejutan buat suami.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Tya dilihat meletakkan alat ujian kehamilan tersebut di dalam kotak sebuah telefon. Sweetnya!

‘Kita tua sama-sama okay!’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on

Happy Anniversary Sayang @tyaadnan
Thank you sebab jadi Wife & Mommy yang HEBAT untuk kami!
Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay!
p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu
20 Nov

Berseloroh menginginkan cahaya mata kedua, impian Shukri Yahya untuk menimang anak lagi akhirnya dimakbulkan. Menerusi ucapan ringkas, Shukri berterima kasih kepada isteri kerana sudah menjadi seorang yang hebat buat mereka sekeluarga. Paling manis, Shukri berharap mereka kekal bersama sehingga ke tua.

‘Alhamdulilah, selamat ulang tahun’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Allah is the best planners. Alhamdulillah. HAPPY ANNIVERSARY SAYANG

MashaAllah Tabarakallah..

Jelas kegembiraan di wajah suami apabila melihat keputusan positif di alat ujian kehamilan yang ditunjukkan Tya Adnan. Ternyata, berita tersebut merupakan hadiah paling bermakna buat mereka sekeluarga. Si kecil, Aaira Ameena pun dah tak sabar nak timang adik!

Ucapan tahniah

Tanggal 20 November 2015, Shukri Yahya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dengan sekali lafaz. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : Tya Adnan , Shukri Yahya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×