Teman wanita Allahyarham Nidza Afham yang dikenali sebagai Hazmiera meluahkan rasa sedih susulan masih belum dapat menerima hakikat pemergian penyanyi itu.
Artikel Berkaitan: Abang Nidza Ahfam Dedah Arwah Ada Tanya Fasal Persediaan Jadi Suami – ‘Dalam Laptop Dia Ada Folder Makna Solat’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Bukan Sebab Kekasih Abang, Kami Takkan Tahu Dia Hilang’ – Aufahanie
‘Sayang awak bergembira lah disana ya sayang’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Hazmiera berkongsi momen di mana dia bersama keluarga Allahyarham Afham berada di kubur untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Hazmiera akui buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk dia menerima apa yang telah terjadi. Namun berharap masa akan mengubati segala luka dan kesedihan yang dilaluinya.
Sayang awak bergembira lah disana ya sayang. Nanti kita jumpa. Saya tak tahu sebenarnya macam mana nak move on dari semua ni. Mungkin masa akan mengubati.
Tapi kesetiaan, kasih sayang, kebaikan, usaha sayang. Tak dapat saya cakap apa-apa lagi, semuanya cukup dan bahagia bagi saya untuk saya kenang.
Meskipun hanya bergelar teman wanita, tetapi Hazmiera akui dia sudah cuba melakukan yang terbaik dan termampu buat Allahyarham Afham.
Saya yakin, sayang dah gembira dekat sana. Saya bahagia, kalau sayang bahagia. Terima kasih umi terima Miera sebagai menantu umi.
Sayang tolong doakan saya dekat sini juga okay? i love you sayang.
Terdahulu, arwah Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, pada jam 6.35 petang 15 Ogos (khamis).
Pada Rabu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman pada Selasa lalu.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).
Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.
Sumber: Instagram Hazmiera Amrisya