berita

[VIDEO] ‘Keluar Rumah Saya Nyanyi-Nyanyi’ – Diana Danielle Berkemungkinan Cerai Hari Ini

August 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Petaling Jaya, kira-kira jam 2.22 petang bagi prosiding lafaz cerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini

Terima dengan hati terbuka

Diana Danielle

Diana hadir mengenakan baju kurung batik dan manis berselendang berwarna merah jambu sambil ditemani dua orang peguamnya.

Ketika ditanya mengenai harapannya pada hari ini, aktres berusia 32 itu berkata dia tidak meletakkan harapan yang tinggi, sebaliknya berserah sahaja dengan keputusan hakim.

Saya tiada harapan, terima dengan hati terbuka, saya terima apa sahaja yang terjadi. Jika tidak berlaku seperti apa yang dirancang, saya terima.

Keluar rumah nyanyi-nyanyi sikit, sebab tiada perkara pun perlu ditekankan. Sudah pasti saya ada perasaan sedih, tapi ambil dengan positif.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, aktres itu berkemungkinan akan diceraikan hari ini.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Video

@ohbulanofficial

Diana Danielle tiba di Mahkamah Syariah Petaling pada jam 2:22pm untuk sahkan penceraian dengan Farid Kamil #OhBulan #fyp #news #dianadanielle

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×