Dipercayai terpengaruh dan menjadi pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad, beberapa orang individu termasuk sebuah keluarga telah mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai Tuhan.
Siapa dia punya cikgu?
Di Instagram, penyanyi rap, Caprice tampil bersuara sebaik sahaja melihat video keluarga tersebut memperkenalkan diri serta membuat pengakuan bahawa pelopor fahaman itu adalah benar.
Menurut Caprice, dia menyeru pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Bukan itu sahaja, Caprice berharap tindakan keras bakal dikenakan terhadap dalang kepada ajaran sesat ini. Pada masa yang sama, Caprice mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahkan keluarga ini sepenuhnya.
Siasat lebih lanjut siapa bawa ajaran sesat ini dekat Malaysia. Sebenarnya saya tak salahkan keluarga ini 100 peratus. Nak tahu siapa dia punya cikgu. Semoga dapat ditangkap.
Sebelum ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberitahu mana-mana individu atau kumpulan yang mengamalkan mana-mana pegangan, fahaman dan amalan yang sesat boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa agama.
Selain Caprice, PU Syed turut memuat naik beberapa video berhubung individu yang mengakui perkara sama.
Sumber: Caprice