berita

[VIDEO] ‘Kenapa Ibu Tidur Dalam Tanah…’

February 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Selain ahli keluarga, sahabat baik merupakan antara insan yang sangat rapat dengan kita dan sering berkongsi suka duka bersama. Jadi, kehilangan mereka sudah pasti memberi satu tamparan hebat dalam kehidupan kita.

Begitulah nasib yang dialami oleh seorang wanita ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa sahabat baiknya telah pergi buat selama-lamanya.

‘Setelah 10 hari di hospital’

Berita menyedihkan itu dikongsikan oleh Fieza di akaun TikTok miliknya. Berdasarkan video tersebut, wanita ini memaklumkan bahawa sahabat baiknya telah menghembuskan nafas terakhir setelah 10 hari bertarung nyawa akibat masalah hati rosak.

Difahamkan juga, Allahyarham dikatakan baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang kini berusia dua bulan lebih. Siapa sangka, baru sahaja habis berpantang, Allahyarham telah dijemput pergi buat selama-lamanya.

‘Hanya doa & air mata mengiringi’

@fieza2401al fatihah..hanya doa & air mata mngiringi ?##fyp ##tiktokmalaysia? bunyi asal – Aiman Hafiq

Lebih menyedihkan apabila wanita ini memberitahu anak Allahyarham pernah bertanya mengapa ibunya tidur di dalam tanah. Memang tak dapat digambarkan perasaan anak kecil itu apabila terpaksa menanggung rindu terhadap ibu tersayang.

Dalam kesempatan itu juga, Fieza meminta orang ramai mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman selain berharap agar anak-anak Allahyarham kuat menerima dugaan ini.

Sedihnya…

@fieza2401sedih tgk ank semua kecil2 lagi?##fyp ##tiktokmalaysia? original sound – SHAFIQMANAN

@fieza2401sian ank2 x tau apa2?##fyp ##tiktokmalaysia? original sound – Dealova ff???

Salam takziah

Sumber: Fieza2401

SKIP THIS AD ×