Sebelum ini, pernah timbul desas-desus yang mendakwa isteri kedua kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sedang hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Sedang Dalam Siasatan Di Bawah Akta 559, Persetubuhan Luar Nikah’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Fail Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Betul ke hamil?
@ohbulanofficial Sebelum ini, pernah timbul desas-desus yang mendakwa Ira Kazar sedang hamil. #syamsulyusof #nafi #irakazar #berbadan #dua #hamil ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Syamsul menafikan khabar angin yang sudah tersebar meluas itu. Menurut Syamsul, 39, dia akan berkongsi berita gembira kepada umum sekiranya benar-benar terjadi.
Itu fitnah.. saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah.
Tapi saya nak jelaskan memang Ira tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu.
Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya yang kini beristeri dua.
Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya jadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga.
Syamsul berkata demikian di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada petang Selasa.
Minta terus bersabar
Dalam pada itu, ditanya respon Ira apabila terus menerus dikecam netizen. Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, dia menasihati Ira untuk bersabar serta solat lima waktu.
Semestinya sesiapa sahaja yang berada di tempat saya, dia atau Sarah sekali pun pasti akan terkesan.
Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian serta pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat.
Terdahulu, Syamsul memfailkan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, selepas empat tahun pergolakan rumah tangga.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.
@ohbulanofficial Replying to @kak ria cookies Sebab kenapa Syamsul Yusof berdiam diri selama ini. #ohbulan #sembangentertainment #sebab #syamsulyusof #berdiam #diri #selama #kes #besama #puterisarahliyana ? original sound – OHBULAN!