![[VIDEO] ‘Kepada Semua Lelaki, Jangan Putus Asa’ – Aedy Ashraf](https://asset.ohbulan.com/2025/10/aedy-ashraf-22.jpg)
Perkongsian kata-kata semangat oleh aktor, Aedy Ashraf yang dituju khusus untuk kaum Adam telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Kembali Tercalon FFM34 – ‘Kali Terakhir Waktu Umur Saya 12 Tahun’
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Bela Rambut Panjang Untuk Projek Filem, Bikin Ramai Wanita Cair
Kata-kata semangat
Menerusi hantaran di TikTok, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, menasihati para lelaki di luar sana supaya terus tabah menghadapi setiap ujian yang dilalui dalam hidup.
Selain itu, Aedy turut berpesan agar mereka tidak mudah menyerah ketika sedang melalui fasa sukar.
Kepada semua lelaki di luar sana, di mana pun awak berada dalam kehidupan sekarang, jika ia sukar, jika ia terasa berat, jika ia terasa tidak tertanggung..tolong, kuatkan diri.
Jangan putus asa, okay?
Kita semua pertama kali jadi manusia, pertama kali lalui semua ini. Tiada siapa pun yang miliki semua jawapan.
Awak lebih berharga daripada yang awak sangka.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan kata-kata perangsang yang ditulis oleh pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut terinspirasi sekaligus memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: TikTok Aedy Ashraf