berita

[VIDEO] Kereta Disekat Depan Belakang, Pengedar Emas Putih Mata Disamun Penjenayah Berparang

September 22nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengedar emas berputih mata apabila emas dan wang tunai yang dibawanya dirompak dan dilarikan oleh tiga lelaki. Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya sedang memandu kereta dari Jalan Kuchai Lama menuju ke Sungai Besi.

Namun, kereta mangsa telah ditahan sebelum dilarikan oleh penjenayah tersebut. Kejadian ini berlaku di Lebuhraya Besraya jam 6.20 petang semalam.

Wang tunai dan emas dilarikan

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfileds, YDH ACP Zairulnizam Bin Mohd Zainuddin, pihaknya menerima laporan berhubung kes rompakan itu pada jam 6.20 petang. Mangsa ketika itu, telah ditahan oleh dua kereta jenis Toyata Hilux berwarna hitam, kemudian didatangi tiga suspek yang  bersenjata parang yang bertindak menghampiri kereta mangsa.

Penjenayah itu bertindak memecahkan cermin kereta tersebut dan menarik mangsa dan rakannya untuk keluar dari kereta itu. Emas dan wang tunai turut dilarikan bersama kereta jenis Toyata Hilux yang dipandu mangsa.

Menurut mangsa, suspek bertubuh besar memakai baju lengan panjang dan memakai ski mask.

Kereta dibakar

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Kenderaan jenis Toyota Hilux, yang telah dilarikan penjenayah tersebut telah dibakar di Damansara. Kini, pihak polis sedang gigih mengesan ketiga-tiga penjenayah tersebut.

Mangsa dan rakannya mengalami kecederaan akibat serpihan cermin yang telah dipecahkan. Kos kerugian yang dialami masih dalam siasatan pihak polis.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk salurkan maklumat ke IPD Brickfield dan menghubungi 03-22979222.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×