berita

[VIDEO] Kereta Hanyut Akibat Kepala Air Dari Bukit, Dua Adik Beradik Masih Belum Ditemui

November 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Dua beradik yang dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Sungai Liawan, Kampung Dangulad, Sabah semalam masih tidak ditemui sejak malam semalam. Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut bersama bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum kereta dinaiki mereka dihanyutkan oleh air deras saat melalui jambatan konkrit.

Kepala air

Menurut saksi, banjir kilat di kawasan tersebut menyebabkan berlaku kejadian kepala air secara tiba-tiba. Difahamkan, mangsa, budak lelaki berusia enam tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Ketika kejadian, pacuan empat roda jenis dipandu bapa dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika melalui jambatan konkrit di Kampung Dangulad, yang dinaiki air, arus sungai menjadi deras dengan mendadak hingga menghanyutkan kenderaan dinaiki mereka. Pemandu berjaya keluar, manakala dua anaknya dihanyutkan bersama kenderaan berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran, pihaknya yang menerima panggilan jam 12.08 sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Ketika itu, pasukan bomba baru sahaja selesai menjalankan operasi kejadian limpahan di Sungai Pampang, hingga menyebabkan dua rumah yang terletak berhampiran tebing hanyut, manakala lima rumah terjejas selepas dimasuki air dan lumpur.

Dua rumah dihanyutkan

Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dan pasukan bomba menemui kenderaan dinaiki mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian namun mangsa belum ditemui. Operasi SAR kemudian ditangguh 1.30 pagi dan akan disambung semula.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian di Sungai Pampang, Mudi berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat limpahan air daripada bukit susulan hujan yang berlaku di kawasan bukit berkenaan.

Setakat ini, dua rumah dihanyutkan, manakala lima terjejas namun semua penghuni selamat selepas berjaya keluar daripada rumah berkenaan. Air mula surut 11 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi itu turut dibantu agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Ketika kejadian itu, keadaan cuaca baik sebelum kejadian air sungai Kampung Pampang naik mendadak secara tiba-tiba. Penduduk kampung yang menyedari kejadian limpahan air sungai itu bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

Sumber : Harian Metro, CCTV

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×