Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan suspek yang disyaki membunuh seorang wanita dengan 61 tikaman sehingga maut dipercayai menggunakan kenderaan milik bapanya dalam kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun

Guna kereta ayah

Memetik laporan 999 yang disiarkan semalam, menurut Mohd Yusoff, suspek dipercayai mencuci kenderaan tersebut sehingga empat kali bagi menghapuskan kesan darah yang masih berbaki selepas kejadian.

Lebih mengejutkan, tindakan suspek membersihkan kenderaan itu didakwa disaksikan kedua ibu bapanya sendiri, namun pasangan tersebut menafikan sebarang pengetahuan dalam insiden berkenaan.

Semasa pihak polis membuat serbuan di rumah tertuduh, dia berada di rumah bersama bapanya. Kereta yang digunakan, iaitu kereta bapa tertuduh, turut berada di lokasi.

Namun bapa tidak memberi kerjasama walaupun dia mengetahui selepas kejadian anaknya pulang ke rumah dan membersihkan kereta yang digunakan.

Ibu bapa mangsa juga melihat sendiri anak mereka mencuci kereta itu pada tengah malam. Sampai empat kali dia mencuci kerana terdapat banyak kesan darah.

Mohd Yusoff turut memaklumkan bahawa ketika siasatan dijalankan di kediaman suspek, kedua ibu bapanya pada awalnya mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, bagi membantu siasatan lanjut, pihak polis menahan kedua ibu bapa suspek untuk dirakam keterangan dan tindakan susulan.

Dalam perkembangan berkaitan, suspek lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang penuntut kolej di Ketereh pada 1 Mei lalu itu telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: YouTube