Sebelum ini, pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah menegur masakan Khairul Aming menerusi resepi sambal hijau bilis dan telur dadar. Menurut Dr Rafidah, dia berasa risau apabila melihat kuantiti minyak digunakan yang cenderung kepada kehidupan tidak sihat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Rafidah Tegur Banyak Sangat Minyak, Minta Khairul Aming Sedia Menu Masakan Sihat
Terbaru, Khairul Aming dilihat tampil ‘membuka mulut’ mengenai topik hangat tersebut.
Isu banyak guna minyak masak
Menurut Khairul Aming, dia mahu berkongsi dua perspektif daripada dirinya sendiri. Pertama sekali, dia seorang rakyat Malaysia yang mempunyai masalah obesiti dan mahu menurunkan berat badan. Perspektif yang kedua pula dari segi ‘food content creator‘.
Empat bulan yang lepas berat saya sebanyak 113 kg dengan tinggi 184 cm. Jadi bmi saya sangat tinggi. Kategori obesiti. Sekarang berat saya 100kg maknanya saya dah hilang 13kg. Bmi saya masih berlebihan tetapi dan kurang dalam kategori obesiti. Body fat saya pun turun daripada 44 peratus turun ke 29 peratus. Sahur saya makan benda high protein.
Dua tahun lepas saya ada buat perjalanan Aming nak sihat. Memang menjadi. Tapi berat saya naik balik selepas itu. Kenapa? Sebab saya ‘hate’ relationship dengan makanan lokal yang berada dengan saya. Jadi saya kembali ‘eat clean’ setiap hari dan pada masa yang sama saya menikmati semua makanan Malaysia yang sedap ni. Makanan kita sedap, rugi kalau tak makan. Cuma kita kena kawal pengambilan.
Ujar Khairul Aming, makanan di Malaysia semuanya sedap. Jadi, setiap individu perlu pandai kawal pengambilan makanan tersebut untuk kekal sihat. Dari segi ‘food content creator’, Khairul Aming berkata dia sekadar berkongsi cara penyediaan makanan yang sebenar dan sama seperti di kedai makan.
Kita boleh kurangkan minyak, kita boleh tukar resipi dan kita boleh tukar bahan. Tetapi, dia akan jadi tak sedap dan tak sama macam original. Itu sahaja sebenarnya.
Kalau kita nak sambal yang sedap, kita kena masak dengan minyak yang banyak supaya dia pecah minyak. Kalau nak ayam goreng yang juicy, kita kena deep fried dengan minyak yang banyak. Kalau nak mac n cheese yang creamy kita tak boleh kurangkan cheese. Nanti tak sedap.
Saya tunjuk berapa banyak gula minyak itu semua sebab saya nak tunjuk realiti. Ini cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Kalau tak biasa masak, korang beli dekat kedai makan jadi korang mungkin tak rasa bersalah sangat. Tapi bila saya tunjuk video masak, orang cakap banyak minyak. Sebenarnya sama dekat kedai.
Cuma kita tak ambil perhatian. Kalau saya ubah resipi jadi kurang sedap, orang dekat luar sana cuba dan tak sedap mereka akan maki saya. Saya tak boleh menyenangkan semua pihak. Dalam Malaysia ni tak semua orang nak jaga badan sebab ada yang nak makan sedap saja. Jadi saya sekadar tunjuk macam mana makanan tersebut disediakan.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Khairul Aming