Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan telah berbelanja puluhan ribu ringgit sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Teruja Jumpa PM New Zealand, Siap Masakkan Roti Jala & Sarapan Bersama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak
Demi kualiti konten
@khairulamingfans_ ‘Berapa banyak habis spent untuk trip KA & friends ke New Zealand ???’ @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #sambalnyet #dendengnyetberapi #newzealand
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman menjawab pertanyaan warganet tentang kos yang telah dibelanjakan untuk penggambaran di negara tersebut.
Ketika di sana saya banyak menggunakan wang di bahagian penggambaran. Saya ambil rumah inap yang lawa, makanan yang mahal dan banyak benda yang kami buat tempahan last minute.
Jumlah kami berbelanja untuk tiga orang adalah RM80,000. Tetapi kalau pergi sendiri dan untuk melancong tidaklah semahal itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata perbelanjaan tersebut berbaloi selepas hasil titik peluh pempengaruh berusia 32 tahun itu mendapat perhatian ramai termasuk Perdana Menteri New Zealand iaitu Christopher Luxon.
Labur RM80,000 kemudian dapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand, memang power la! Tahniah, Alhamdulillah.
Nanti akan dapat balik berganda-ganda, sekarang pun dah mula nampak kesannya.
Tak apa banyak berhabis, berbaloi.
Terdahulu, Khairul Aming membanggakan seluruh rakyat Malaysia apabila mendapat kunjungan daripada Perdana Menteri New Zealand itu bersempena lawatannya ke negara ini.
Difahamkan pertemuan bersama Christopher merupakan satu bentuk penghargaan daripada New Zealand selepas Khairul Aming banyak menghasilkan video memasak di negara tersebut sebelum ini.
Sumber: TikTok