Walaupun mempunyai bilangan pengikut yang ramai serta telah meraih populariti, namun pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tidak mahu menggunakan khidmat pengawal peribadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai ‘DM’ Nak Jadi Peneman Hidup, Khairul Aming Tanya – ‘Adakah Anda Bersedia Jadi Perhatian Orang Ramai?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Dedah Kos Penggambaran Di New Zealand – ‘Jumlah Kami Berbelanja RM80,000’
Pasang ‘bodyguard’
@khairulamingfans_ Moga KA dilindungi dari perkara2 buruk in shaa Allah ???? #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman menjawab pertanyaan warganet tentang pengawal peribadi.
Menurut Khairul Aming, selagi keselamatannya tidak terjejas dia tidak memerlukan pengawal peribadi kerana mahu lebih dekat dengan pengikutnya.
Tak nak, selagi tidak mengganggu keselamatan.
Sebab saya tak nak ada jarak dengan ‘followers’ saya.
Kalau saya duduk dekat mana-mana nak datang tegur, tegur sahaja. Tak adalah kena halang.
Walau bagaimanapun, usahawan berusia 32 tahun itu berkata, khidmat pengawal peribadi hanya diperlukan iaitu apabila dia dijemput untuk menghadiri ke sesebuah majlis.
Kecuali kalau ada acara dan saya perlu jadi ‘speaker’, selalunya pihak penganjur akan sediakan bodyguard.
Kalau tak ada bodyguard, silap-silap dari parking nak ke dewan makan masa sejam sebab orang akan bergambar.
Sumber: TikTok