Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming memaklumkan restorannya, Rembayung akan dibuka bukan sahaja untuk berbuka puasa, malah untuk moreh sepanjang bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’

Buka moreh

Menerusi rakaman skrin siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata menjelang Ramadan nanti, orang ramai bukan sahaja bersaing untuk berbuka malah untuk moreh juga.

Cuma ramadan nanti unik sikit, kalian bukan battle untuk buka puasa saja tapi untuk moreh juga.

Yang uniknya dekat Rembayung nanti kami akan perkenalkan makanan yang tiada dalam menu.

Tambah Khairul Aming yang dikenali sebagai KA, pengunjung berpeluang mencuba menu baharu yang khas disediakan untuk moreh sahaja.

Jadi moreh nanti kalian boleh cuba menu-menu baharu yang kami telah buat.

Untuk moreh memang bukan makanan berat, tiada nasi. Kami tukar makanan lain.

Sumber: Threads