Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming menjawab pertanyaan segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya yang menghasilkan video masakan di New Zealand.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Teruja Jumpa PM New Zealand, Siap Masakkan Roti Jala & Sarapan Bersama
Netizen persoal Khairul Aming?
@khairulamingfans_ “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”. Semoga kita semua menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain & sentiasa menyebarkan kebaikan ??? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #newzealand #travel ? original sound – Fans KhairulAming
Menerusi potongan video yang dimuat naik @khairulamingfans_, Khairul memaklumkan dia ingin membina reputasi dirinya sebagai seorang pempengaruh ke persada antarabangsa.
Selepas daripada saya buat konten video di New Zealand, saya telah didekati oleh beberapa negara luar yang lain untuk berbuat perkara yang hampir sama.
Setakat ini, saya sudah ‘lock’ bersama beberapa buah negara untuk melakukan video di sana.
Apa yang cuba saya lakukan sekarang ialah untuk bina reputasi saya secara global dan antarabangsa.
Tambah Khairul, dia juga akan sentiasa membawa nama baik Malaysia bersama setiap kali melakukan konten memasak di luar negara.
Bila pergi ke luar negara, saya bawa nama Malaysia bersama saya sekali dan itu yang kita nak.
Kalau buat dalam Malaysia bagus saja cuma sudah tiba masanya untuk kita cuba ‘market’ luar juga. Cuma dalam masa yang sama dalam negara jangan dilupakan.
Harap orang ramai beri sokongan
Di akhir video tersebut, usahawan berusia 32 tahun ini berharap orang ramai memberikan sokongan terhadap usaha yang cuba dilakukannya.
Saya ini sokong barangan lokal, semua perkara saya utamakan yang lokal. Cari kedai makan semua saya mulakan dengan lokal dulu.
Saya ini dah macam ikon lokal TikTok Shop dah, apa lagi yang tak lokal? Hahaha…
Bagilah sokongan kepada saya, janganlah tak sokong. Baru ja nak buat tapi dah kena bantai dah.
Sumber: TikTok