![[VIDEO] Khairul Aming Tegaskan Orang Politik Tak Boleh Walk-In – ‘Nampak Kejam, Tapi Saya Nak Berlaku Adil’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/khairul-aming-dua.jpg)
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming menegaskan tiada layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk ahli politik khususnya bagi kehadiran secara walk-in di Rembayung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Tidak dibenarkan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata restorannya sentiasa memberi layanan sama rata kepada semua pelanggan tanpa mengira kedudukan.
Tak boleh (walk-in), kalau kalian nampak orang politik masuk kemungkinan orang kanan, kakitangan bawahan atau pembantu peribadi (PA) yang membuat tempahan bagi pihak mereka.
Itu saya tidak boleh kawal sebab itu hak dia untuk datang kerana ada tempahan tetapi kalau nak walk-in saya memang tidak benarkan.
Mengulas lebih lanjut, Khairul Aming yang lebih mesra dikenali sebagai KA mengakui tidak mudah untuk memberikan layanan yang adil kepada semua.
Bagaimanapun, dia berusaha sedaya upaya untuk memberikan layanan yang adil tanpa sebarang diskriminasi.
Saya memang dah maklumkan kepada staf. Saya nak berlaku adil dan ia memang tidak mudah.
Kita akan nampak kejam, tidak berhati perut dan sombong tetapi itu adalah harga sebuah keadilan.
Sumber: Threads







