Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming berkongsi momen ketika berada di pusat pengumpulan barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Titip Pesanan Buat Anak Muda, Belajar Urus Duit Dari Awal – ‘Jangan Ikat Diri Dengan Sesuatu Yang Tidak Perlu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Bagi Barang Yang Tak Elok, Aku Haramkan Benda Itu’ – Khairul Aming ‘Warning’ Penderma Bantuan Banjir
Pak cik, mak cik tolong agih barang
@butterrrrflys #khairulaming ? bunyi asal – ??????
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA dilihat masih bertungkus-lumus mengagihkan barangan keperluan buat mangsa banjir.
Bukan itu sahaja, usahawan berusia 32 tahun itu juga meluahkan rasa terharu dan memuji atas penglibatan penduduk kampung yang turut menyumbangkan tenaga membantu proses pengagihan barangan keperluan seperti makanan, pakaian, lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sebagainya.
Malah, ada juga individu yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menghulurkan bantuan.
Dalam masa yang sama, Khairul Aming juga menggalakkan generasi muda untuk membantu dan bekerjasama dalam misi pengagihan barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat usaha orang ramai membantu pihak yang memerlukan. Mereka turut menitipkan doa agar banjir yang melanda Kelantan kembali pulih.
Pengagihan barangan keperluan buat mangsa banjir
@kelate.kito2yang muda2 xdop kijo tu boleh g tlong .banyok bare nak kena sorting masuk plastic .boleh waze Luxury Garden Tanjung Chat Kota Bharu? original sound – Kelate Kito
Sumber: TikTok