Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi pengalamannya sewaktu zaman belajar apabila bertemu dengan artis antarabangsa iaitu Paris Hilton dan Taylor Swift.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Dedah Terkena Jangkitan E. Coli Sewaktu Beri Bantuan Banjir – ‘Cirit 5 hari Tak Berhenti Sampai Badan Dehydrated’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Belanja Hampir RM20k Pakaian Mangsa Banjir, 31k Penonton Tengok Kad ‘Declined’ Dekat Kaunter
Khairul Aming jumpa Taylor Swift & Paris Hilton
@khairulamingfans_ Kenangan terjumpa Paris Hilton & Taylor Swift kat US ? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #khairulamingcore #study #engineering #usa?? ? original sound – Fans KhairulAming
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau lebih mesra dengan panggilan KA berkongsi semula detik pertemuannya bersama dua artis terkenal itu ketika dia bersama beberapa rakan dalam perjalanan ke Amerika Syarikat.
Khairul Aming yang berada dalam keadaan kepenatan akui terkejut melihat pelantun lagu Stars Are Blind itu memotong barisan di laluan imigresen.
Hari pertama sampai Amerika Syarikat dah jumpa Paris Hilton.
Masa tunggu kawan-kawan yang kena tahan tu, saya dan beberapa rakan yang lain terdengar keadaan di lapangan terbang agak riuh rendah sebab ada selebriti nak masuk. Rupanya Paris Hilton nak lalu imigresen.
Dia jalan pula dengan selamba bawa beg, compact powder sebiji macam dalam movie. Dia scan sekejap je terus lepas sebab dia lalu dekat laluan VIP.
Pengalaman seterusnya apabila terserempak dengan penyanyi terkenal, Taylor Swift ketika dia bersama rakan-rakannya ke restoran menjual kek keju.
Masa tu kitorang pergi restoran cheese cake, tengah ralit makan Taylor Swift jalan dekat belakang. Masa tu dia pergi makan dengan satu band terkenal. Dia bawa ramai juga bodyguard.
Memang tak boleh nak ambil gambar, nak ambil dengan apa? Sebab masa zaman tu, Iphone generasi ketiga baru keluar. Yang ada compact kamera, itu je kamera yang ada.
Perkataan selfie pun tak wujud lagi rasanya masa tu. Zaman tu saya pun tak ada telefon, nak hubungi keluarga pun guna laptop.
Kisah yang dikongsikan Khairul Aming menerima pelbagai respon daripada warganet yang cemburu apabila usahawan ini berpeluang bertemu dengan dua nama terkenal.
Macam tu je dia jumpa Taylor
Dua-dua tu idola saya tu Khairul Aming
Pernah jumpa Paris Hilton depan-depan, macam doll baik je
Paris Hilton dalam almari aku je
Untung Paris Hilton dan Taylor Swift dapat jumpa Khairul Aming
Sumber: TikTok