Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming menitip pesanan buat anak muda generasi kini supaya tidak hanyut dengan membuat pinjaman hanya untuk mengejar keinginan diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Bagi Barang Yang Tak Elok, Aku Haramkan Benda Itu’ – Khairul Aming ‘Warning’ Penderma Bantuan Banjir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Agih Dengdeng Secara Percuma Untuk Mangsa Banjir Buat Netizen Kagum – ‘Salah Satu Sebab Rezeki Dia Luas, Adab & Tak Kedekut’
‘Jangan tersilap langkah’
@minda.kaya Geng Gen Z kena Tengok ni #financialfreedom #financialadvice #khairulaming #fyp #mindset #lifelessons ? original sound – MINDA KAYA
Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, dilihat Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman menekankan kepentingan merancang kewangan.
Pada adik-adik yang baru habis belajar, yang baru masuk dunia dewasa, tolong belajar ilmu kewangan daripada awal.
Jangan daripada awal, korang tersilap langkah contoh macam buat pinjaman, beli sesuatu yang tidak perlu.
Tolong rancang kewangan dari awal.
Ujarnya, pesanan ini untuk mengelakkan anak muda daripada membuat kesilapan terutama mengenai hal kewangan.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang dititip Khairul Aming. Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang berharap agar anak muda mengikut nasihat yang membina dari pempengaruh berusia 32 tahun ini.
Sumber: TikTok minda.kaya