Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming menerima pujian orang ramai apabila dia telah menutup kilang perniagaan sambal miliknya kerana mahu membawa semua pekerja membeli baju raya selain memberikan bonus kepada mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tutup Semua Kilang’ – Khairul Aming Belanja Staf Baju Raya, Siap Dapat Bonus Lagi!
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Senyum Lebar, Gordon Ramsay Puji Video Masakan ‘Burnt Sugar Steamed Pudding’
Bercuti di Langkawi
Terbaharu, Khairul Aming sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila dia menutup kilangnya selama lima hari untuk membawa kesemua 60 orang stafnya bercuti di sebuah pusat peranginan popular, Langkawi.
Menerusi hantaran di Instagram, usahawan berusia 31 tahun itu berkata dia telah menyediakan segala persiapan bercuti kepada stafnya termasuk menginap di hotel lima bintang dan melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki jetski, meneroka gua serta snorkelling.
Malah, dia turut menyewa sebuah kapal jenis ‘yacht’ untuk menyaksikan matahari terbenam.
Tidak hanya itu, pemilik nama penuh Khairul Amin Kamarulzaman itu juga memberikan wang belanja kepada pekerjanya untuk ‘shopping’.
Reaksi netizen
Seperti dijangka, perkongsian tersebut akan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-rata memuji sikap Khairul Aming.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan Khairul Aming telah melanggar ‘hukum majikan’ apabila dia dilihat terlalu baik dan sering membuat pekerjanya gembira.
Dalam pada itu, ramai juga yang meninggalkan komen lucu apabila mereka berseloroh bertanyakan masih adakah kerja kosong di kilang sambal milik usawahan itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram