Pempengaruh yang terkenal dengan video masakan di media sosial, Khairul Aming berkongsi satu video memaparkan dirinya membawa kesemua pekerjanya untuk membeli barang kelengkapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Rafidah Tegur Banyak Sangat Minyak, Minta Khairul Aming Sedia Menu Masakan Sihat
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Cara ‘Edit’ Video Masak, Netizen Puji Tak Lokek Ilmu
Artikel Berkaitan: Guna Bahasa Melayu Sepenuhnya Semasa Acara TikTok Di Indonesia, Khairul Aming Raih Pujian Netizen
Tutup kilang satu hari
Menerusi video tersebut, Khairul mendedahkan bahawa demi menceriakan kesemua pekerjanya, dia juga bertindak menutup kedua-dua buah kilang Sambal Nyet nya selama satu hari.
Namun kegembiraan buat pekerja Khairul tidak berhenti di situ sahaja selepas pempengaruh media sosial itu turut memberikan bonus Hari Raya buat kesemua pekerjanya sebelum membawa mereka semua berbuka puasa di sebuah hotel.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya.
Bukan itu sahaja, Khairul juga bercadang untuk membawa kesemua pekerjanya bercuti sejurus selepas sambutan Hari Raya nanti.
InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe.