Meskipun mempunyai pengaruh besar dalam media sosial, namun usahawan Khairul Aming memilih untuk mencari keberkatan dalam pekerjaan dengan tidak menipu kepada pelanggan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tak Kisah Perhabis RM300k Bawa Staf Pergi Bercuti – ‘Kalau Termasuk Kos Production Cecah RM1 Juta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Bawa 100 Staf Bercuti Di Penang, Tempah Hotel Bertaraf Lima Bintang & Bagi Duit Poket!
Rezeki halal
@hasyahassan now aku tahu apa penyebab dia berjaya,sebab dia jaga keberkatan dalam PERNIAGAAN nya.Semoga kita para peniaga dapat jaga benda ni. Jangan aniaya orang bila kita berniaga.Kalau tak ok,Tayah review.Kesian pada yang membeli nanti.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu dilihat sedang meminta nasihat kepada Khairul Aming tentang perniagaan.
Jawapan Khairul Aming adalah jawapan yang memang aku nak.
Dia berkata,’ramai orang hantar makanan minta saya review, tetapi ada yang saya tak review sebab memang tak sedap..ia melibatkan duit orang.’
Pempengaruh berusia 32 tahun tersebut kemudian berkongsi tentang kepentingan menjaga keberkatan.
Kadang-kadang kita lupa pasal keberkatan usaha kita. Semua orang sibuk nak doa, betul ianya bagus tetapi kalau kita doa sahaja tapi cara kita berusaha itu tak ada keberkatan tak boleh juga.
Sebagai contoh kita amalkan doa nak ‘sale’ juta-juta, tetapi dalam berniaga kita tipu orang, menzalimi staf, tak bayar duit orang, kita curi hak orang ataupun khianat.
Saya memang pentingkan keberkatan.
Jaga keberkatan
Menurut Khairul Aming, dia memilih untuk tidak akan mempromosikan produk makanan yang tidak berkualiti berikutan bimbang akan berlakunya penipuan terhadap pembeli.
Saya akan memilih produk dan ramai juga yang saya ‘reject’ sebab memang tak sedap, saya perlu jujur.
Orang ramai berkata, ‘murahnya rezeki Khairul Aming, apa amalannya?’
Tapi sebenarnya bagi saya ianya tidaklah terlalu sukar yang penting kita jangan terlepas pandang dengan perkara yang penting. Iaitu menjaga keberkatan dalam mencari rezeki.
Sumber: TikTok Hasya Hassan