Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe memberitahu kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sewaktu kejadian rumahnya dipecah masuk perompak sehingga mengalami kerugian sekitar RM800,000 pada April lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Takut Suami Curang, Kieda Crepe Saran Letak Harta Benda Atas Nama Isteri – ‘Kita Boleh Menyayangi, Tapi Jangan Jadi Bod*h’
Artikel Berkaitan: Rumah Kieda Crepe Dirompak, Barang Kemas & Duit Berjumlah RM800,000 Lesap – ‘Kami Hidup Dalam Keadaan Trauma’
CCTV rosak
Susulan itu, Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra berkata dia bersedia memberi ganjaran kepada mana-mana pihak yang membantu memberikan info berhubung kehilangan barang kemas dan duitnya yang lesap dalam kejadian tersebut.
Ada yang tanya berkenaan CCTV, nak jadikan cerita Allah uji kami. Sewaktu perompak masuk, CCTV rumah kami sudah lima hari tidak beroperasi.
Mungkin kalau ada CCTV pun mereka (perompak) akan tolak ke atas CCTV tersebut.
Jadi, saya minta kerjasama orang ramai, siapa yang ada ternampak barang kemas macam ini (dalam gambar) untuk dijual, tolong maklumkan pada saya. Saya akan berikan ganjaran kepada sesiapa yang membantu.
Kieda berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Harap ditangkap
@kiedacrepepenang Genap 40 hari kieda mengira hari… Tiada apa yang kieda harapkan.. semoga si Pelaku cepat-cepat ditangkap bersama bahan bukti?? “Semoga sedihku, sakitku, susahku, sabarku, hari ini akan berubah menjadi bahagia untuk ku di hari esok.” Aamiin ? @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ? original sound – KIEDACREPEPENANG
Sementara itu, suami Kieda yang dikenali sebagai Amy berharap pihak polis dapat memberkas perompak tersebut agar si pelaku tidak mengulangi kerja terkutuk itu lagi.
Saya berharap akan ada tangkapan dibuat. Supaya dia tidak mengulang kerjanya lagi. Andai tiada tangkapan, si perompak akan rasa seronok sebab buat kerja (rompak) tak kantoi.
Itu sahaja harapan saya dan isteri. Semoga PDRM dapat buat tangkapan. Itu jawapan yang paling kami tunggu daripada PDRM.
Terdahulu, selepas 40 hari mendiamkan diri, Kieda akhirnya bersedia berkongsi mengenai kejadian rumahnya dirompak kepada pengikut di media sosial.
Menurut Kieda, antara barang berharga yang lesap termasuk barang kemas seperti gelang, rantai, cincin dan juga wang yang dianggarkan sekitar RM800,000.
Sumber: TikTok