Usahawan kontroversi dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian apabila membelanjakan hampir RM10,000 bagi persiapan Aidilfitri yang bakal tiba pada Mac hadapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Syukur Dapat Semula Barang Kemas, Pelaku Dijatuhi Hukuman 4 Tahun Penjara & Denda RM20,000 Seorang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Jawab Isu Buka Kedai Lambat – ‘Lalat Penuh Dekat Cermin Bawah Sampai Atas, Dah Macam Wallpaper’
‘Patutlah rezeki dia lain macam’
@kakyana.lyc Semoga murah rezeki @KIEDACREPEPENANG ?? #fyp ? original sound – MAN KINABALU
Menerusi video yang dikongsikan, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais dilihat telah memborong sebanyak 61 pasang baju jenamaa Liyana Collection (LYC).
Bagaimanapun, Kieda langsung tidak membeli sebarang pakaian untuk dirinya sendiri sebaliknya hanya berbelanja untuk ahli keluargnya.
Untuk diri sendiri, apa pun dia tak beli. Memang jenis penting orang dari diri sendiri, patutlah rezeki dia lain macam.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap Kieda yang yang lebih mengutamakan keluarga berbanding keperluan sendiri.
Menurut mereka, keikhlasan dan sikapnya yang tidak berkira adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
Sumber: TikTok