Nama pempengaruh media sosial, Kieda Crepe menjadi bualan hangat warganet selepas mendedahkan sikap tidak jujur 12 orang pekerja yang mempunyai group chat rahsia semata untuk mengutuk dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Main Bab Mama Abah, Saya Salah Pertahankan Rezeki Ini’ – Kieda Crepe
Tak tahu password telefon staf
Terbaru, Kieda menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia sudah menceroboh privasi staf untuk membaca perbualan di WhatsApp.
Kata Kieda, dia hanya meminjam telefon bimbit seorang staf untuk dijadikan cermin bagi membetulkan tudung. Selepas itu, terpapar notifikasi menunjukkan mesej daripada group ‘Hm Jgn Delete.’
Dua benda saya nak terangkan dekat sini. Satu, saya tak ceroboh privasi staf. Saya pun tak tahu password telefon bimbit dia. Saya pegang handphone (guna kamera depan) untuk pakai tudung, kemudian keluar notifikasi ‘Jangan Delete’ pasal Kieda Crepe.
Saya minta Azira buka group ini saya nak baca chat dari awal. Dia yang buka password telefon. Selepas itu, baru dia cerita perkara betul. Wakitu itu Allah nak tunjuk siapa admin dan mula dari mana. Jadi, yang ini atas rela staf yang mana masih kerja dengan saya sebab bagi kerjasama.
Tak pernah burukkan team
@hqkiedacrepepenang Berkawan jangan sampai makan diri ? maafkan salah silap saya dan team #hqkiedacrepe_penang ???? #kiedacrepe ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan
Dalam pada itu, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra mengakui tidak salah untuk menubuhkan group tanpa ketua.
Bagaimanapun, apa yang menjadi isu apabila group itu dijadikan ‘markas’ untuk menghasut pekerja-pekerja lain serta ingin menjatuhkan perniagaan yang sedang diusahakannya.
Yang kedua, staf boleh buat group asing. Saya tak nafikan, itu adalah hak masing-masing. Tapi yang salah apabila telah mewujudkan group untuk menghasut dan menjatuhkan syarikat tempat kerja yang sudah berbulan malah ada yang bertahun. Sebabkan dendam, sebab saya buat rombakan.
Jangan burukkan saya. Saya tak pernah burukkan kamu. Saya akan cerita dengan team leader dan berbincang macam mana nak buat seseorang itu jadi positif.
Hidup kamu ada pilihan, cuma masuk cara elok, keluar cara elok. Jangan aniaya manusia yang pernah ada kebaikan pada kamu. Andai kata tak boleh balas dengan kebaikan, jangan balas dengan taik.
Pada Jumaat, Kieda mengarahkan 12 orang pekerjanya memberikan surat letak jawatan 24 jam selepas mereka kantoi mewujudkan group untuk mengutuk dirinya bertubi-tubi.
Sumber: TikTok