Penjenayah yang bertindak pecah masuk rumah usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe pada April tahun lalu telah mengaku bersalah.
Artikel Berkaitan: Kieda Akur Pempengaruh Jason Bagi Rating 4.2 Untuk ‘Crepe’ – ‘Betul, Inti Durian Dimasak Dengan Custard’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’
Kes selesai
Menurut Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra, kesemua inidvidu terbabit telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda sebanyak RM20,000 setiap seorang.
Pihak polis hubungi saya maklumkan, OKT (Orang Kena Tuduh) yang pecah masuk rumah saya nak mengaku bersalah.
Mereka (OKT) telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara dan denda RM20,000 setiap seorang.
Andai kata mereka tidak dapat bayar RM20,000 tersebut akan tambah hukuman penjara lagi lapan bulan.
Kieda berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya.
Barang kemas
@kiedacrepepenang2 Selesai semuanya. Alhamdulillah ?? @AMY KIEDA MERCHANDISE @KIEDACREPEPENANG @KiedaCrepeHouse ? original sound – Kiedacrepepenang2
Dalam pada itu, Kieda memberitahu, barang kemas yang telah dilarikan akan dikembalikan semula kepadanya.
Barang-barang kemas saya akan dapat semula. Manakala barang kemas yang sudah dileburkan akan dibuat tuntutan melalui resit atau kedai emas perlu kembalikan dalam bentuk jongkong emas kepada saya.
Bersyukur segala urusan dipermudahkan, Kieda berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoakannya.
Kepada semua yang mendoakan saya dan kes ini dipermudahkan, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kalian.
Terdahulu, Kieda mendedahkan mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas, Pulau Pinang dipecah masuk penjenayah pada 25 April lalu, sekitar jam 8 hingga 11 malam.
Selang seminggu kemudian, empat sekawan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut yang mana suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 27 tahun.
Sumber: TikTok