Sebelum ini, media melaporkan kilang Sony yang bertapak di Pulau Pinang, akan menamatkan operasinya. Berikutan penutupan kilang tersebut, kira-kira 3,400 pekerja dijangka akan kehilangan pekerjaan. Salah seorang pekerja yang terkena akan tempias tersebut, berkongsi satu videonya di aplikasi TikTok mengenang momen-momen terakhir di kilang tersebut. Sebak!
Hari terakhir di Sony
Sedih pula tiktok ni dari staf Sony EMCS yang ditutup. Asyik citer pasal T20 kena buang kerja je pic.twitter.com/dpr304U9gS
— Mr AM ?? (@amofficialmy) December 6, 2020
Menerusi video TikTok yang berdurasi kurang 20 saat itu, memaparkan wanita tersebut sedang menikmati ‘momen-momen’ terakhir bekerja di kilang tersebut.
Di tempat ini aku memulai semua cerita pahit, manis, hancur, jatuh, bangun, dan semuanya berada di sini. Sekarang tinggal menghitung bulan semuanya akan berakhir, Sony EMCS (Malaysia) akan tutup.
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet mendoakan supaya wanita tersebut dimurahkan rezeki dan diberikan kecekalan berhadapan dengan ujian tersebut.
3,400 pekerja diberhentikan
Memetik laporan Free Malaysia Today, kilang Sony akan mula ditutup bermula September tahun hadapan setelah 36 tahun beroperasi. Seramai 3,400 pekerja yang terdiri daripada 1,800 penduduk tempatan dan 1,600 daripada warga asing akan diberhentikan susulan penutupan kilang tersebut.
Sebilangan pekerja ini akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi. Kerajaan negeri akan membantu mereka yang diberhentikan untuk mencari pekerjaan baru. Ini ialah sebahagian daripada rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global.
Sumber: Free Malaysia Today & Mr Am