Pelakon dan pengacara, Ain Edruce dengan secara terbukanya berkongsi detik awal pertemuannya bersama suami, Muhammad Amirul Hafiz menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tarik Aku Pun Tak Lepas’ – Netizen Berdekah Gelak Tengok Gelagat Ain Edruce & Suami
Amirul DM IG ‘ngorat’ Ain
@imyourdaisyyy Detik2 pengenalan Ain Edruce & Amirul ??? Mirul yang start dulu rupanyaaa ? cuteeee #ameliahenderson #ainedruce #studiosembang ? Lantas (Speed up Song) – Family Affair’s
Menerusi potongan video dimuat naik @imyourdaisyyy di TikTok, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce menjelaskan bahawa Amirul merupakan individu pertama yang memulakan langkah untuk memikat hatinya terlebih dahulu.
Kalau korang nak tahu, dia yang mengorat saya dulu tau.
Dia tak adalah mengorat yang gunakan ayat ‘pickup line’ ke apa tau tapi masa itu kalau tak silap saya dia DM di Instagram (IG), ‘Cantik subang yang awak pakai itu’.
Tapi masalahnya IG dia mod privasi jadi saya tak kenal dia waktu itu tapi kitorang memang kerap mesej dan berbalas DM.
Tambah Ain, meskipun tidak mengenali antara satu sama lain ketika itu, pelakon berusia 32 berkenaan menjelaskan dia tertarik dengan Amirul yang dilihat begitu ikhlas untuk berkenalan dengannya.
Sehinggalah satu hari mereka membuat keputusan untuk berjumpa buat pertama kali di restoran Birch yang terletak di Kuala Lumpur.
Walaupun kita tak berapa kenal tapi saya tertarik untuk melayan sebab dalam banyak jejaka yang DM saya, Amirul saja yang tak mengorat tau.
Dia macam lebih nak berkawan dan nak berkenalan, macam sempoi ja.
Lepas itu kami pun decide untuk ‘blind date’ sebab saya tak pernah tengok muka dia, IG dia pun ‘private kan? Tapi masa pertama kali jumpa itu, saya terus nak ‘reject’ dia.
Jelas pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu, gaya penampilan Amirul yang hanya mengenakan ‘hoodie’, seluar pendek dan berselipar membuatkan dirinya sedikit ‘turn off’ dengan Amirul.
Bukan itu sahaja, gaya yang digunakan Amirul sewaktu memanggil pelayan di restoran tersebut juga membuatkan Ain terkejut dengan kelakuan suaminya itu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar kisah percintaan mereka meskipun pada awalnya Ain memilih untuk ‘reject’ Amirul selepas berjumpa buat pertama kali.
Dalam pada itu, mereka juga mendoakan agar perkahwinan mereka berdua berkekalan hingga ke syurga.
Sekadar info, Ain berkahwin selamat mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang merupakan ahli perniagaan pada 13 Disember 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata, Soraya yang kini berusia 3 tahun.
Sumber: TikTok