Setelah selesai menawan puncak Gunung Kinabalu, penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana, AG, Johan dan Khairi Jamaluddin selamat menuruni gunung tersebut sebentar tadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu, Raih Malaysia Book of Records Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang
Artikel Berkaitan: Hot FM Masih Kekalkan Kedudukan Sebagai Stesen Radio No.1 Di Malaysia, Hampir 4 Juta Pendengar Mingguan!
Selamat sampai
View this post on Instagram
Bagi aktiviti tersebut, Fara memulakan perjalanan menuruni Gunung Kinabalu pada jam 8.00 pagi ditemani oleh pemandu arah dan sampai ke Timpohon Gate di Taman Kinabalu pada jam 2.40 petang.
Kemudian KJ selamat tiba pada jam 2.58 petang dan disusuli oleh Johan serta AG.
Semalam, mereka memulakan pendakian dari Timpohon Gate di Taman Kinabalu pada jam 8:30 pagi.
Setelah tiba di Panalaban Base Camp pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut sekitar jam 6.58 petang, mereka berehat sebelum menyambung perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 3:00 pagi, 15 November 2024.
Pada jam 6.15 pagi, Bekpes Hot dan kumpulan pendakian tiba di puncak setinggi 4,095.2 meter dari aras laut.
Sementara itu, Fara Fauzana tidak meneruskan perjalanan bersama rakan-rakan lain ke puncak Gunung Kinabalu disebabkan oleh faktor kesihatan.
Untuk info, Hot FM kini melakar sejarah baharu dengan kejayaan bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen “Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu” pada 14 dan 15 November 2024.
Dalam masa yang sama, Hot FM melalui Bekpes Hot juga dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records atas kejayaan mencatat rekod baharu bagi kategori “Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang di Gunung Kinabalu.”