Perkongsian terbaharu kekasih kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Jefri Nichol mencuri tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Cacah Tatu ‘AK’ Di Jari Manis, Peminat Dakwa Akronim Nama Ameera Khan?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Tak Kisah Tengok Jefri Nichol Berlakon Adegan ‘Panas’ – ‘Tapi Dia Tak Bagi Saya Tonton’
Momen mesra Ameera, Jefri
View this post on Instagram
Dalam hantaran tersebut, Ameera yang juga adik kepada usahawan dan pelakon terkenal, Noor Neelofa, dilihat duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra.
Tetapi apa yang mengejutkan ramai adalah aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat dalam pelukannya.
Selain berkongsi foto dan video kenangan manis bersama, Jefri turut meluahkan perasaannya terhadap Ameera, dan memberitahu bahawa kasih sayang dan penghargaan terhadap kekasihnya tidak terhad pada tarikh 14 Februari sahaja.
Di ruangan komen, Ameera turut membalas dengan menzahirkan rasa cintanya kepada Jefri, sekali gus menarik perhatian lebih ramai netizen.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang berpendapat bahawa kemesraan sebegitu tidak wajar dipamerkan kepada umum. Malah, ada yang turut memetik nama kakaknya, Neelofa, supaya menegur tingkah laku adiknya itu.
Komen netizen
Sumber: Instagram Jefri Nichol