Bermula 1 Ogos, pelawak Johan diamanahkan mengendalikan segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Banding Cara Didikan Johan Dengan Nabi Muhammad, Ozlynn Buka Mulut Dengan Netizen
Kongsi rezeki
@faridsinclair Semoga di murahkan rezeki #piknikhotfm #picnic #fyp #fyp? #fypdongggggggg #fypviral? #kualalumpur #malaysia #tiktok #fyppppppppppppppppppppppp #viral #hotfm #johan ? original sound – Farid Sinclair
Pada minggu lalu, Hot FM telah menganjurkan Piknik Hot yang disertai Johan, Fara dan AG di Taman Metropolitan, Kepong.
Piknik Hot dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan penyanyi hebat antaranya Irfan Haris, Wany Hasrita, Kaka Azraff, Andi Bernadee, Haiza dan ramai lagi.
Apa yang mencuri perhatian warganet adalah sikap Johan berkongsi rezeki dengan anak-anak kecil yang hadir ke taman tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @faridsinclair, penyampai radio berumur 38 tahun itu sedang berjalan sambil menghulurkan wang RM5 kepada pengunjung cilik.
Selain itu, pemilik nama Mohd. Yazid Lim juga sempat melayan dan berborak ringkas dengan orang ramai.
Murah rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) ini seorang insan yang pemurah.
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar Johan sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.
Sekadar info, Johan dan Ozlynn berkahwin pada tahun 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Sumber: TikTok @faridsinclair