Baru-baru ini, rakaman video yang memaparkan pelawak Johan sedang mengajar anaknya mengaji mendapat perhatian ramai orang.
Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan ketegasan Johan dalam mendidik namun ada juga beranggapan perbuatan itu sangat keterlaluan untuk anak kecil.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berhenti Sebab Nampak Budak’ – Terima Banyak Pujian Selepas Viral, Johan Anggap Sebagai Ujian Allah
Cara tengking tak sesuai
View this post on Instagram
Isteri Johan iaitu pelakon, Ozlynn Wati membalas komen netizen yang membandingkan cara didikan suaminya dengan Nabi Muhammad SAW di ruangan komen Instagram (IG).
Menurut Ozlynn, 40, sebagai ibu bapa mereka mempunyai cara tersendiri dalam membentuk anak-anak. Katanya, mereka mempunyai enam orang anak yang setiap seorangnya mempunyai karakter berbeza.
Ikut cara masing-masing. Itu bukan orang lain, ayah sendiri. Tahulah ayahnya pujuk semula dengan cara sendiri.
Saya ada enam orang anak, walaupun keluar daripada rahim yang sama, tetapi karakter tetap berbeza. Cara hendak mendidik dan membimbing pun lain.
Awak tidak tahu seluruh isi rumah ini, yang ditonjolkan hanya lima peratus sahaja, yang mana baik boleh dijadikan manfaat dan jika tidak, awak buang jauh-jauh.
Anak sulung kami pun dah 18 tahun dan cara layanan dekat dia pun dah lain. Tak macam cara kami layan adik-adik dia. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.
Main peranan dengan anak
Dalam pada itu, pemilik nama Rozlinawaty Ismail turut diajukan perasaannya apabila melihat anak-anak dimarahi oleh Johan.
Tak rasa apa-apa sebab kecil dulu pun mengaji kena macam itu juga. Lepas itu terus pandai mengaji.
Selepas habis mengaji, kita bagitahu la kat Chantiq yang papa sayang dia. Papa nak Chantiq dengan semua (adik beradik ) pandai. Nanti Chantiq boleh tolong adik-adik.
Kalau papa tak sayang, tak mungkin ‘toys’ Chantiq banyak. Tengok dulu papa rotan bila Chantiq tak solat, sekarang surah lazim banyak yang Chantiq hafal.
Papa puji Chantiq pandai dan bagus kan. Kita suruh Chantiq minta maaf dengan papa sebab banyak main masa mengaji.
Sekadar info, Johan dan Ozlynn berkahwin pada tahun 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Sumber: Instagram @jozlynnhanania