berita

[VIDEO] Konon Nak Beli Barang, Lelaki Lembut Disamun Kenalan MiChat

August 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang remaja lelaki yang berperwatakan wanita mengalami detik cemas selepas dia didakwa telah disamun oleh dua individu yang dikenalinya menerusi aplikasi MiChat. Mangsa juga mengalami kecederaan berikutan dengan kejadian yang menimpanya.

Konon ajak teman pergi beli barang

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, sebelum ini kecoh di media sosial mengenai satu gambar yang memaparkan remaja ‘wanita’ berkenaan telah diculik dan cuba dirogol oleh dua lelaki Bangladesh. Tetapi dakwaan itu hanyalah khabar angin sahaja sebaliknya mangsa telah disamun oleh kedua-dua suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, pada awalnya, mangsa dengan rela hati telah keluar untuk berjumpa dengan lelaki yang dikenalinya di aplikasi MiChat. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mangsa secara tiba-tiba telah diserang dan disamun oleh suspek.

Mangsa telah keluar dengan suspek dengan kerelaan sendiri bagi tujuan menemaninya untuk membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Bandar Penawar.

Mangsa dipukul dan alami kecederaan

Suspek warga Bangladesh diburu polis (Foto: Sinar Harian)

Berikutan daripada insiden itu, mangsa telah tampil ke balai polis dan membuat laporan. Dalam laporan tersebut, mangsa mendakwa dia telah disamun oleh dua warga asing terbabit di tepi Jalan Kampung Gambut, Punggai, Pengerang pada 10 Ogos 2020 yang lalu. Mangsa juga mengalami kecederaan pada bahagian tangan kirinya dan kaki kanan dipercayai akibat dipukul oleh suspek.

Dalam kejadian ini mangsa mengalami kecederaan dan mengalami kerugian selepas suspek telah mengambil telefon bimbit, wang tunai RM200 serta dokumen diri milik mangsa.

Oleh itu, pihak polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Syukor di talian 01110823779.

Difahamkan, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Sumber: Utusan Malaysia, Astro Awani, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×