berita

[VIDEO] Konon Nak Rakam Kecantikan ‘Istana’, Tapi Bila Tengok Rupa-Rupanya ‘Benda’ Lain Yang Muncul!

September 17th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Siapa sangka, niat seorang wanita merakam ‘kecantikan’ sebuah rumah akhirnya bertukar menjadi misteri selepas terlihat satu wajah ‘manusia’ berada di salah satu tingkap di rumah berkenaan. Video pendek yang dimuatnaik di aplikasi TikTok ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Penampakan wajah ‘misteri’

@rebabebaMy mom sent me this video of a mansion she found on a hike and I just noticed a FACE in the window ?? wtfff ##haunted? original sound – rebabeba

Menurut Rebecca, video tersebut telah dirakam sendiri oleh ibunya ketika dia melakukan aktiviti mendaki. Ketika dalam perjalanan, ibunya itu ternampak satu rumah besar yang seakan-akan tidak dihuni oleh sesiapa dan kerana rumah berkenaan kelihatan cantik, dia telah merakam persekitaran kawasan tersebut.

Dia kemudian menghantar video itu kepada anak perempuannya, Rebecca untuk mengetahui pendapat anaknya mengenai rumah tersebut. Tetapi lain pula yang jadinya selepas Rebecca menonton video itu, dia terlihat satu wajah ‘misteri’ berada di tingkap rumah berkenaan. Rebecca kemudian  memuatnaik video tersebut di aplikasi TikTok sehingga mendapat hampir 2 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen mendakwa bahawa kemungkinan rumah tersebut ‘berhantu’ memandangkan ianya tidak berpenghuni.

Segala misteri terungkai

@rebabebaReply to @aimelatinabeauty_ UPDATE!!!? original sound – rebabeba

Salah seorang daripada pengikut Rebecca di TikTok memaklumkan bahawa dia yakin penampakan wajah ‘misteri’ itu sebenarnya adalah kanak-kanak. Dia turut beranggapan bahawa kemungkinan kanak-kanak itu merupakan mangsa tawanan orang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, individu terbabit meminta Rebecca untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menerusi video terbaru Rebecca, dia telah pergi ke rumah itu untuk melihat sendiri wajah ‘misteri’ yang dimaksudkan selain mendapatkan kepastian. Setibanya di sana, Rebecca berharap agar tiada sesiapa yang telah menghubungi pihak polis. Hal ini kerana penampakan wajah di tingkap itu rupa-rupanya adalah kepala patung mannequin. Dalam kesempatan itu, Rebecca memohon maaf kepada orang ramai kerana telah menimbulkan kebimbangan. Kebanyakan daripada netizen berasa terhibur dengan tanggapan mereka sebelum ini. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa lega kerana segala persoalan mengenai wajah ‘misteri’ itu akhirnya terjawab.

Sumber: Rebecca

SKIP THIS AD ×