berita

[VIDEO] Konon Nak Shoot Video Seram, Sekali ‘Dia’ Rasuk & Dukung Kain Putih Pergi Kubur!

December 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Gangguan makhluk halus atau jin bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah, kita perlu percaya dengan kewujudan makhluk ini. Tetapi lain pula yang jadinya apabila seorang individu dipercayai telah dirasuk ketika sedang membuat rakaman untuk video Youtube mereka. Seram!

Kena rasuk, lari ke kubur

Menerusi video pendek yang dikongsikan semula oleh The Hulkey memaparkan sekumpulan manusia sedang mengejar seorang individu yang dipercayai telah dirasuk. Individu terbabit yang berpakaian serba putih dan disolek seperti ‘hantu’ itu dikatakan berlari menuju ke kawasan perkuburan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan mereka iaitu Belengclub dari Indonesia ini ingin membuat content video untuk Youtube mereka. Tetapi tanpa disangka-sangka lain pula yang jadinya apabila salah seorang ahli kumpulan mereka telah dirasuk. Menerusi sumber dari Belengclub, mereka juga tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku selain menegaskan bahawa ianya bukanlah satu lakonan tetapi benar-benar terjadi.

‘Jangan pakai redah’

Dalam kesempatan itu, The Hulkey meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang hanya inginkan ‘populariti’ dan ‘content’ semata-mata tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu.

Malah, dia menasihati orang ramai supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara atau alangkah baiknya jika mereka membawa seseorang yang boleh berubat atau berpengetahuan apabila datang ke tempat seperti itu.

‘Jangan menyesal sampai ke akhir hayat’

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen kebanyakan netizen mengakui video tersebut memang seram dan mendakwa bahawa sejak kebelakangan ini, kandungan video seperti ini seakan sudah menjadi satu trend. Bukan itu sahaja, ada segelintir daripada mereka percaya video ini adalah lakonan semata-mata. Walaupun begitu, sehingga kini masih belum dapat dipastikan kesahihan video tersebut.

Sumber: The Hulkey, Belengclub

SKIP THIS AD ×