berita

[VIDEO] Konten Tanam Hidup-Hidup Dalam Kubur Dengan Ular Bawa Padah, YouTuber Alami Sesak Nafas

June 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Seorang Youtuber sanggup menanam dirinya hidup-hidup bersama beberapa ekor ular di dalam kubur demi sebuah konten dan berdepan dengan detik cemas apabila mengalami sesak nafas.

Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Masak, Anak Tergamak Pukul & Bakar Bapa Hidup-Hidup

Artikel Berkaitan: Konten ‘Prank’ Tangkap Basah, Hamil & Pergaulan Bebas, Netizen Kecam YouTuber Tak Jaga Ikhtilat

Lengkap dengan kain kafan

Menerusi beberapa potongan video yang dimuat naik semula di TikTok, memaparkan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Gilang Barbie dari Indonesia bertindak melakukan eksperimen tersebut kerana mahu mengingatkan orang ramai tentang kematian.

Ketika menjalankan eksperimen tersebut YouTuber itu dikafankan sama seperti jenazah Islam yang akan dikebumikan.

Dalam pada itu, turut kelihatan alat bantuan oksigen, kamera dan juga kelengkapan alat komunikasi yang digunakan Gilang semasa ditanam di dalam kubur.

Kejadian itu turut disaksikan oleh orang ramai dan beberapa petugas keselamatan.

Sementara itu, Gilang dilihat berada dalam kegelapan dan turut terdapat beberapa ekor ular sedang melilit tubuhnya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian keadaan bertukar menjadi panik apabila YouTuber tersebut tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana difahamkan dia mengalami sesak nafas akibat kehabisan oksigen.

Petugas dan orang ramai kemudian bertindak pantas dengan menggali kubur tersebut dan Gilang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Susulan itu, mereka segera membawanya ke hospital berdekatan.

@barbiegilang_

Membalas @ANAKBANDUNG #gilangbarbie #youtube #fyp

? original sound – GilangBarbie – GilangBarbie

Sumber: TikTok, Tribun News

SKIP THIS AD ×